Laporan Suruhanjaya Liberhan Masjid_Babri

Selepas tahun 1992, kajian telah dilakukan oleh Professor Ram Sharan Sharma bersama sejarawan Suraj Bhan, M.Athar Ali dan Dwijendra Narayan Jha bagi menentukan kebenaran persepsi masyarakat Hindu dan Islam di sana. Kajian arkeologi juga dilakukan oleh Jabatan Arkeologi India bagi mencari kesahihan batu-batu purba, serpihan seramik dan lain-lain yang boleh dikaitkan dengan Shri Rama sekitar 150 M itu.


Pada 23 November 2009, persidangan parlimen India kecoh kerana kebocoran maklumat risikan yang dilakukan oleh pihak berkuasa India. Suruhanjaya Liberhan telah ditubuhkan oleh kerajaan India pada 16 Disember 1992 bagi menyiasat tindakan penganut fanatik Hindu merobohkan Masjid Babri.

Pada Jun 2009, Perdana Menteri India Manmohan Singh telah menerima laporan Suruhanjaya Liberhan. Siasatan itu memakan masa 17 tahun. Surat khabar Indian Express telah menyiarkan butiran siasatan itu. BJP menuduh parti pemerintah Parti Kongres membocorkan laporan itu untuk memenangi pilihan raya negeri di bahagian timur Jharkhand.

Siasatan itu mendapati adanya penglibatan yang jelas nyata pemimpin kanan nasionalis Hindu dari Parti Bhartiya Janata (BJP) termasuk Atal Behari Vajpayee, LK Advani dan Murli Manohar Joshi. Mereka mendapat kuasa politik dan menguasai parlimen India dengan memainkan sentimen agama sehingga mendorong penganut Hindu merobohkan masjid tersebut.[2]